KUALA LUMPUR: Dua bekas Pengerusi Felcra Berhad Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Bung Moktar Radin, akan dipanggil untuk prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Isnin ini.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Tajuddin dan Bung Moktar, dipanggil bagi memberikan penjelasan dan keterangan berhubung isu Felcra Berhad, yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.
"PAC telah menjalankan tiga prosiding berhubung Felcra Berhad iaitu pada 27 Jun 2023, 6 Julai 2023 dan 23 Ogos 2023," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini selepas mempengerusikan prosiding Pengurusan Wabak COVID-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE).
Prosiding ketiga membabitkan isu itu hari ini, mendengar keterangan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob, Pengerusi Pharmaniaga Izaddeen Daud dan Pengarah Pharmaniaga Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff.
Mas Ermieyati berkata selepas mendengar keterangan saksi prosiding hari ini, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Wee Ka Siong dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min, akan dipanggil untuk prosiding seterusnya untuk isu itu, Khamis depan.
"PAC memerlukan keterangan dan penjelasan daripada Wee, memandangkan nama beliau disebut dalam prosiding sebelum ini dan untuk berlaku adil kepada beliau, PAC akan mendengar penjelasan beliau," katanya menambah bahawa surat panggilan mesyuarat kepada saksi-saksi ini akan dikeluarkan hari ini.
Selain itu, Mas Ermieyati berkata dua laporan berhubung kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Littoral Combatant Ship (LCS) dan laporan mengenai penjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras, dijangka dibentang pada minggu pertama, mesyuarat ketiga sidang Parlimen ini.
Beliau berkata Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - LCS bagi Tentera Laut Diraja Malaysia bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023; dan Laporan Terimaan dan Bayaran Obligasi Sosial Perjanjian Konsesi Pengurusan Industri Padi dan Beras Negara, telah dimuktamadkan PAC setakat ini.
"PAC Parlimen ke-15 akan mendapat taklimat setiap tiga bulan daripada Kementerian Pertahanan berhubung kemajuan kapal LCS. Sehubungan itu, PAC akan memanggil Kementerian Pertahanan pada 3 Okt ini, bagi mendapatkan penjelasan berkenaan kemajuan projek pembinaan LCS bagi Jun 2023 sehingga Ogos 2023," katanya.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata jawatankuasa itu juga meminta kerajaan mempercepatkan proses menyahklasifikasi Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK), berhubung Projek Tukar Tanah di bawah Kementerian Pertahanan.
"Selepas laporan JKSTUPKK Tukar Tanah ini dinyahklasifikasi, PAC akan memulakan prosiding berhubung isu ini, bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar," katanya menambah JKSTUPKK telah membentangkan laporan itu kepada PAC Parlimen ke-14, pada 2 April 2019 dan 16 Nov 2020.
Mas Ermieyati berkata jawatankuasa juga bersetuju untuk memulakan prosiding ke atas Tabung Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), yang dijangka dimulakan pada minggu kedua, mesyuarat ketiga pada sidang Parlimen ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Bung Moktar dan Tajuddin dipanggil bagi memberikan penjelasan dan keterangan berhubung isu Felcra Berhad, yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 Siri 2: Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan. - Gambar fail
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi di barat laut Iran dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan.
JAINJ pertingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan meningkatkan pemantauan berhubung dakwaan penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram, Johor Bahru.
THSS: Datin Alyah tarik diri daripada pertandingan
Alyah yang terpaksa mengundurkan diri daripada pertandingan mendoakan agar para peserta lain meneruskan dengan sehabis baik.
Tumpuan Isnin –20 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Slovakia keluar daripada bahaya mengancam nyawa, keadaan masih serius
Pemulihan Fico dijangka akan mengambil masa yang panjang dan menyakitkan, memerlukan rehat selama beberapa minggu.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
FELCRA sasar tiga juta ayam pedaging setahun
FELCRA sasar gandaan pengeluaran sebanyak tiga juta ayam pedaging setahun selepas projek kompleks di Tanjung Seratus, Pahang yang dijangka siap sepenuhnya pada Disember tahun ini.
KKDW peruntuk RM12.8 juta bagi program pembangunan dan usahawan
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM12.8 juta membabitkan 5,757 penerima untuk program pembangunan dan usahawan di negeri ini.
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
FELCRA Berhad dapat kebenaran bawa masuk 5,000 pekerja asing
FELCRA Berhad telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membawa masuk kira-kira 5,000 pekerja asing bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja di ladang sawit dan getah miliknya.
KPLB pertimbang lupus hutang peneroka FELCRA berjumlah RM230 juta
Proses itu ketika ini berada pada peringkat akhir dan akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.
FELCRA kenal pasti hampir 1,500 peneroka bagi tanam semula kelapa sawit
FELCRA Berhad telah mengenal pasti hampir 1,500 peneroka di seluruh negara bagi tujuan penanaman semula kelapa sawit untuk pusingan kedua setelah tanaman itu menjangkau usia 25 hingga 30 tahun.
Lembaga Pengarah Felcra sedar pelaburan RM150 Juta dalam unit amanah berisiko - Saksi
Saksi itu berkat, dia memohon cadangan pelaburan itu dipertimbangkan sewaktu membentangkannya pada mesyuarat lembaga pengarah.
FELCRA Wilayah Sarawak terus perkasa Program Ameniti Sosial
RM1 juta dibelanjakan FELCRA bagi membantu keperluan Ameniti Sosial termasuk menaiktaraf infrastruktur di kawasan perkampungan peserta-peserta FELCRA terutama di luar bandar Sarawak.
Belanjawan 2020: RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA
Kerajaan umum peruntukan RM810 juta untuk kebajikan masyarakat FELDA